Translate

Saturday, April 28, 2012

Sains- Pembentukan Fenomena Pelangi

Hi cikgu-cikgu sains,

Hari ini saya akan share satu bahan pengajaran sains untuk mengajar murid tahun 6 tentang fenomena pelangi.

Set induksi:
                  ·    Guru menayangkan video selama 5 minit.
                        

·    Pelajar melihat tayangan video yang dipaparkan oleh guru.
·    Guru menyoal pelajar berkenaan dengan video yang ditayangkan iaitu:
Soalan 
  • Apakah yang anda faham berkenaan dengan fenomena yang ditayangkan sebentar tadi?    
  • Pelajar menjawab berdasarkan pengetahuan masing-masing

Langkah 1: Pengenalan Spektrum Cahaya



·     Guru menayangkan slide spektrum cahaya.
·     Guru menerangkan kepada pelajar spektrum cahaya terdiri daripada 7 warna iaitu merah,jingga, kuning, hijau, biru, nila dan ungu. 
  • Pelajar mendengar penerangan guru
Langkah 2:  Simulasi Pembentukan Pelangi

·     Guru membawa murid-murid ke padang sekolah untuk membuat simulasi pembentukan pelangi.
·     Murid dibahagi kepada 4 kumpulan dan diberi senarai arahan aktiviti untuk memancutkan air mengikut   
     posisi yang diminta oleh guru.
Ø  Kumpulan A
     -matahari berada di sisi kiri,  murid pancut air di bahagian tengah.
Ø  Kumpulan B
     -matahari berada di sisi kanan, murid pancut air di bahagian tengah.
Ø  Kumpulan C
     -matahari berada di belakang, murid pancut air ke hadapan.
Ø  Kumpulan D
     -matahari berada di depan,  murid pancut air menghadap cahaya matahari.
·     Murid diminta untuk memerhatikan dan mencatat kejadian yang berlaku semasa dan selepas 
     pancutan air.
·    Murid berbincang dalam kumpulan berkenaan topik yang ditugaskan.
·    Guru mengarahkan wakil dari setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.
     Wakil pelajar tampil ke hadapan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing.

Langkah 3: Membuat koleksi pelangi (kerja individu)

Kaki double rainbow dari lembah bukit Proton City

Cikgu Lim bersama Double Rainbow Proton City
Lengkuk pelangi yang besar
Pelangi di Proton City, Tanjung Malim
   
Pandangan pelangi atas bukit


Penutup:
·     Guru merumuskan topik pelajaran mengulang semula topik yang telah dipelajari hari ini secara ringkas.
·      Murid diminta menyanyikan lagu “  Pelangi” bersama-sama.


Soalan:
1. Apakah kombinasi warna cahaya matahari?
Cahaya matahari terdiri daripada 7 warna iaitu: merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila, dan ungu.

2. Tahukah kamu apa yang dimaksud dengan pelangi itu?
Pelangi adalah spektrum cahaya yang terjadi kerana pembiasan cahaya matahari oleh butir-butir air di atas langit.

3. Bilakah anda dapat melihat fenomena pelangi?
Biasanya pelangi boleh dilihat di daerah pegunungan atau ketika mendung atau ketika hujan baru berhenti turun.

4. Bagaimana proses pembentukan pelangi itu?
Ketika cahaya matahari menembusi butiran air, ia membias seperti ketika melalui prisma kaca. Jadi di dalam titisan air, kita sudah mendapatkan warna yang berbeza memanjang dari satu sisi ke sisi titisan air yang lain. Cahaya berwarna ini kemudian dipantulkan dari sisi yang jauh pada titisan air, kembali dan keluar lagi dari titisan air.Cahaya keluar kembali dari titisan air ke arah yang berbeza, tergantung pada warnanya. Warna-warna pada pelangi ini terbias dan disusun dengan merah di bahagian paling atas dan ungu di bahagian paling bawah.

5. Apakah posisi yang paling elok untuk mengamati pelangi?
Posisi si pengamat harus berada di antara matahari dan titisan air dengan matahari dibekalang orang tersebut. Matahari, mata si pengamat dan pusat busur pelangi harus berada dalam satu garis lurus.

Selamat Mengajar.

Cikgu Pang

No comments:

Post a Comment