Hari ini saya akan share satu bahan pengajaran sains untuk mengajar murid tahun 6 tentang fenomena pelangi.
Set induksi:
· Guru menayangkan video selama 5 minit.
· Pelajar melihat tayangan video yang dipaparkan oleh guru.
· Guru menyoal pelajar berkenaan dengan video yang ditayangkan iaitu:
Soalan
- Apakah yang anda faham berkenaan dengan fenomena yang ditayangkan sebentar tadi?
- Pelajar menjawab berdasarkan pengetahuan masing-masing
· Guru menayangkan slide spektrum cahaya.
· Guru menerangkan kepada pelajar spektrum cahaya terdiri daripada 7 warna iaitu merah,jingga, kuning, hijau, biru, nila dan ungu.
- Pelajar mendengar penerangan guru
· Guru membawa murid-murid ke padang sekolah untuk membuat simulasi pembentukan pelangi.
· Murid dibahagi kepada 4 kumpulan dan diberi senarai arahan aktiviti untuk memancutkan air mengikut posisi yang diminta oleh guru.
Ø Kumpulan A
-matahari berada di sisi kiri, murid pancut air di bahagian tengah.
Ø Kumpulan B
-matahari berada di sisi kanan, murid pancut air di bahagian tengah.
Ø Kumpulan C
-matahari berada di belakang, murid pancut air ke hadapan.
Ø Kumpulan D
-matahari berada di depan, murid pancut air menghadap cahaya matahari.
· Murid diminta untuk memerhatikan dan mencatat kejadian yang berlaku semasa dan selepas
pancutan air.
· Murid berbincang dalam kumpulan berkenaan topik yang ditugaskan.
· Guru mengarahkan wakil dari setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.
Wakil pelajar tampil ke hadapan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing.
Langkah 3: Membuat koleksi pelangi (kerja individu)
Kaki double rainbow dari lembah bukit Proton City |
Cikgu Lim bersama Double Rainbow Proton City |
Lengkuk pelangi yang besar |
Pelangi di Proton City, Tanjung Malim |